Friday, November 8, 2013

Japan Day 1

Tuan tanah tu datang dalam pukul 10 lebih la..aku rasa dah lambat gila dah tu sebab aku sebenarnya plan nak kluar pukul 9 pagi..lagik awal kluar lagik byk la tempat bole pergi kan...tapi kat Tokyo ni korang jangan la kluar time diaorg nak pergi keje , memang carik nahas la kan...so elakkan la kluar pkl 6am - 9am dan 5pm - 7pm.  

So pas tuan tanah datang dia kata device tu kena tukar la pulak kan..so memang first day ni aku jalan memkhinzir buta je la sbb takde internet connection...gila tak best sebab aku dah plan macam2 tapi sebab takde map aku gila tak reti nak jalan...Nak pg stesen keretapi tu pun seb baik tuan tanah tu yg tunjuk jalan.

Sampai2 stesen , aku serahkan tugas membeli tiket train pada Amad (suami saye). Memula tercengang la jugak sbb semua in japanese..tp kat semua machine tiket dia ni kalau korang perati betul2 akan ada satu button yg tulis "english" ...so once dah tekan yang tu, senang la sikit keje...once korang dah 2-3 kali naik train ni actually tak la susah or complicated mana pun train kat jepun yg orang selalu takut sangat ni...cuma dia ada byk company yg handle different2 lines..ada Tokyo Subway , JR train , Monorail , Private lines etc...tp most of it bertemu antara satu sama lain, so korang kena paham map lines tu je and pilih station hub and from there bole pilih train mana satu yg korang nak...kalau confuse jugak , jangan takut sbb officer diaorg sangat membantu ...kalau officer takde , kau tanya je la orang lalu lalang kat situ , sure diaorg tolong ; but kena tahan sikit la sbb diaorang akan explain dalam japanese...(info dari org Japan Tourism Board (JTB) yg aku dapat , orang jepun ni sebenarnya bole je paham/cakap omputih tapi diaorg segan nak cakap sbb takut salah...macam orang melayu jugak la...i guess it is something that runs in asian hardcore kot..segan tak tentu pasal, hehehe) 

Ok berbalik pada citer aku tadi...lepas beli tiket kitaorg pun menuju la ke first destination....SHINJUKU! 


At Shinjuku Station


Kalau ikut kan planned itinerary aku, kemain byk lagik tmpt yg aku nak explore kat sini...park la, kedai gadget famous la even showroom toilet cengcanggih...tapiiii disebabkan takde map kitaorg jalan ikut suka hati je la...amad cakap dia nak carik kedai camera Yodabashi , so aku pun tanya la orang yang lalu lalang kat situ..seb baik aku ni jenis muka tak malu , so selamba je la tanya jalan wpun aku tak paham apa derang explain tp ikut je la arah tangan diaorang.

Jalan punya jalan kedai camera kitaorg tak jumpa , tapi termasuk kedai Adidas...surprisingly harga kasut kat sini tak lah mahal sgt mcm orang selalu ckp...so kita sambar satu kasut..bila balik malaysia terjumpa kasut yang sama. Tgk2 harga jepun lagik murah by ~rm100. Ini sudah bagus ! Mungkin sbb fashion kat sana moving so fast , so kasut tu yang kitaorg beli tu kira old stock la kot...agak nye la !! Plus satu lagik , harga yang diaorg letak tu dah termasuk tax. So untuk tourist akan ada potongan harga lagik; 30% kalau tak silap..dengan syarat tunjuk je passport. Rejeki...Alhamdulillah...


Seterusnya kami masuk kedai2 sekitar situ ..macam kedai 100Yen dan Uniqlo. Uniqlo kat Shinjuku ni besar...in fact dia tak panggil Uniqlo tapi BICQLO (Uniqlo + BIC Camera) ..Ha tak payah susah2 carik Yodabashi..kat dalam ni hah byk gadget dia jual...So kalau korang mmg kaki shopping , aku mmg recommend Bicqlo ni...macam2 benda ada...8 tingkat kalau tak silap aku...

Satu lagik sebab aku suka sangat Jepun in general and Bicqlo in particular ni sebab kejujuran diaorg...(chewahh bahasa!!).
Aku ada beberapa contoh tentang perangai orang jepun ni..mungkin diaorg mmg baik tahap dewa ataupun sebenarnya Allah mmg tolong kitaorg sepanjang trip ni..takde jumpa orang jahat langsung, semua baik2 belaka...

Contoh 1
Aku tertinggal botol susu n shawl aku kat rak2 baju kat Bicqlo. Tersedar lepas lebih 30min..Gi carik balik dah takde. Patu tanya kat Sales girl kat situ ; dia pun terus berwalkie talkie dgn geng2 dia...10 min kendian....tadaaa diaorg datang dgn botol susu n shawl aku dlm plastic yg berbungkus cantik..

Contoh 2
Beg tertinggal dalam train masa nak gi Disneyland (tiket disneyland ada dlm beg tu) ..Haa sape nak   jawab tu...Masa tu mmg tak perasan langsung la beg tu tertinggal , tapi masa turun train aku tgk ada la couple ni tgh tolak stroller anak dia...so no hal..aku pun jalan turun escalator...3 saat lepas tu aku toleh belakang , aku tgk orang tadi tercungap cungap sambil hulurkan bag kat aku...OMG beg kitaorg kot !! rerupanya mamat tadi tu , lepas turun keratapi, dia tggalkan anak bini dia utk lari masuk balik utk amikkan beg kitaorg...touching kott !!!

Contoh 3
Amad (suami saye) tertinggal tripod dia kat dalam kedai camera ! Bole gitu....kitaorg sedar lepas dah jalan lebih 1km dari tmpt kejadian...dia track back mana dia pergi sblom tu n last2 jumpa kat dlm kedai camera masih di posisi yg sama dan tak berusik...

Haaa....tu antara peristiwa2 yg berlaku la...ada byk lagik contoh...tp aku malas nak tulis...

Kita layan gambo dulu ahh !


Tengah tunggu train - our first JR train



Trash bin yg jarang jumpa - tp negara diaorg bersih nak mampus - SALUTE


On the way nak ke Shinjuku Gyoen 

Tempat tertinggal tripod 

Walkway yang sentiasa ramai dgn org..maklum la, negara ni mmg penduduk dia padat. 


Ni pulak video Shinjuku in a glance (kalau korang nak tau mcm mana feel kat bando ni)..oh btw kat part2 last video ni , ada benda menarik..aku pun baru perasan masa tgh edit2 video ni...





Ok lepas dah setel jalan2 semua..kitaorg pun kena carik port untuk solat..mmg dah adat la kan , pergi negara bukan islam..tmpt nak semayang mmg susah sikit...aku cuma teringat nak carik port kat park dia la..so kitaorg pun ikut gerak hati dan signboard kecik utk carik Shinjuku Gyoen. Kalau gambo kat google , cantik tempat ni  . Cekidaut  here: - Shinjuku Gyoen

Anyway lepas jalan2 punya jalan, jauh gak la..dalam 30 min camtu , n nak dekat smpai pintu masuk park ni...amad tanya ; "mana tripod ? sape pegang ?"...semua org terdiam...sah !! tertinggal la tu kat mana2...memula rasa mcm nak let go n redha yg tripod tu dah hilang..then tiba2 , amad ckp dia nka gi track balik mana kitaorg jalan tadi and if ada rezeki jumpa la...dia suh kitaorg gi dulu masuk park tu...

Aku pun meneruskan perjalanan nak masuk park cantik tu...sampai kat pintu masuk, jaga tu ckp kat aku , aku cuma ada 30 min jek nak jalan2 dalam park tu sbb diaorg dah nak tutup..WTH ! Aku tgk jam baru kul 4...then tgk kat signboard depan tu , mmg operating hours ialah sampai 4.30pm ! (i swear dalam internet ckp sampai 5.30pm..demmit !) ...so aku dah hilang akal mana nak solat..dgn amad pulak ntah kat mana ..then aku pandang keliling nampak la mcm ada tmpt yg sesuai nak solat dan yg penting berdekatan dgn toilet utk amik wudhu...tp kedai tu pun dah nak tutup...tengah aku risaukan pasal solat tu, dari kejauhan aku nmpak laki aku balik dgn tripodnye...(apa yg terjadi ada la seperti contoh 3 di atas). Sampai2 je, aku kelam kabut ajak dia masuk kedai ada toilet tu..mmg dah tutup pun tp org tu kasik masuk guna tandas..alhamdulillah...sempat gak nak semayang...

Lepas abis solat, suasana pun terus gelap..walaupun jam baru tunjuk pkl 5.45 mcm tu..tapi disebabkan dah gelap, perut pun automatik kena rasa lapar...so aktiviti seterusnya ialah mencari makan...kitaorg masuk dalam Isetan n beli few sushi segitiga kat situ untuk isi perut. Video area Isetan nnt aku up kan....Lepas makan kitaorg jalan lagik ..tapi tak lama ahh sbb masing2 dah letih to the max..so destinasi seterusnya ialah...balik rumah. Wpun jarak nak jalan masa balik tu agak jauh (sebab kitaorg tersilap exit masa kluar dari train station)tapi smpai2 kitaorang bantai mkn lagik..






To be continued


Thursday, October 24, 2013

Japan Day 0

Our Japan Days no. 1

So we just got back from Japan…

Rating : ⅘ 

- aku nak bagi markah penuh tapi aku rasa tempat ni macam tak sesuai sikit bawak budak2 secara backpacking. Letih dowh !!! (cerita penuh nanti di bawah)

We arrived in Tokyo on 8th October - midnite. Sampai2 tu dah ada driver yang menunggu sebab aku siang2 dah book taxi. It was a seven seater mini van - quite big for us. Walaupun sepatah haram omputih pun drebar tu reti cakap, tp dari expression muka dia aku tau dia terkejut apsal aku book van beso tu…

Nope it's not the mustang, tapi van beso tu was ours !!
Anyway the price was reasonable ; actually yg paling murah yg aku jumpa. From Haneda utk ke apartment kitaorg dalam Yen9500 (~ RM300).
Aku mmg suka amik taxi masa first time landing. Sbb aku tak nak hassle ; mana nak beli tiket bas/train , anak2 nak tdr/lapar , bawak beg beso2 pulak tu n badan masih letih dari long haul...so daripada emosi aku terganggu n spoilkan mood bercuti aku , ada lah lebih baik aku naik cab jek...well tu nasihat aku utk sesapa yg ada anak2 kecik la. Kalau korang jenis travel sensorang , atau 3-4 orang anak2 muda, ko naik je la public transport. Memang lagik murah…

First time nmpak Tokyo City skyline dalam perjalanan dari Haneda ke Ochiai (kawasan apamt tu) ..cantik lampu2 tu ..every builiding akan ada lampu merah kat atas bangunan masing2..aku tak sure lampu apa..

dan untuk pertama kali nampak Tokyo Tower yang saling tak tumpah macam Eiffel Tower.  Wpun aku tak pernah smpai Paris tapi laki aku cakap memang Tokyo Tower ni dia amik design sebijik dgn Eiffel Tower...oooooo.


Nampak Tokyo Tower for the first time - jakun sikit
            

Ok. So sampai2 kat kawasan apartment kitaorg tu , drebar tu masih was2 mana satu rumah tu. Siap turun utk tgk alamat2 kat tepi tangga setiap apartment yg kita lalu. Seb baik last2 jumpa ~ tmpat tu kalau mlm mcm nmpak dodgy sikit , tu sbb drebar tu pun macam was2 nak turunkan kitaorg. Turun2 van tgk2 lif pulak takde !! Dah la beg beso2...nasib baik drebar tu badan sasa , so dia la yg tolong angkat beg ke depan pintu...arigato gozaimas Sugawara san…

Masuk2 apartment tu...alhamdulillah..sama macam gambo dalam internet ...Masa tu ada lah dlm pkl 1pagi mcm tu.


We were so happy to see the apartment


So bila semua dah setel down , aku pun try la guna portable wifi yg disediakan. Wire semua dah cucuk , button kat device tu pun nmpak mcm dah on , tapi kitaorg tak leh connect...ahh sudah ! first day punya plan esok kena byk depend kat google map, takde wifi tu sok mcm mana aku nak jalan. Aku pun terus message tuan tanah ...tapi dah pkl 3 pagi kot masa tu, sah2 la dia tak reply. Jadik aku tdr mlm tu dgn sedikit risau sbb tak tau hala tuju nak kemana ; waima nak ke train station pun aku tak reti sbb takde map.

Keesokan harinya aku dikejutkan dengan bunyi tv suara jepun...aku jengah dari sliding door (style jepun) bilik aku dan aku nampak anak kecik aku (3yo) , tengah pegang remote control , duduk atas sofa (tempat dia tidur dari masa kitaorg smpai) and muka tercengang sbb orang tu ckp bahasa jepun..dan yg paling best tv tu tgh tunjuk cara2 nak setup tv tu kot..hehehe...kesian dia , tak tau kat mana n kenapa dia kat situ but apa pun tak bole , dia bukak tv dulu...ayra ayra nasib baik la dia mmg jenis bgn awal..so disebabkan aku dah terbangun, so aku kejutkan semua org.

Awal2 siap pun , kitaorg masih tak bole kluar sebab tuan tanah ckp dia nak datang nak tukar wi-fi baru yg rosak tu..



To be continued